Tiada lagi jaminan kawalan harga minyak di zaman PN

Tiada lagi jaminan kawalan harga minyak di zaman PN

Hari ini tular di media sosial berkenaan Warta Kerajaan Persekutuan berkaitan Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Runcit Maksimum bagi Petrol dan Diesel) terbaru tidak menyatakan harga siling atau harga runcit maksimum untuk petrol dan diesel. Secara tidak lansung ia memberi gambaran seperti tiada lagi jaminan kawalan harga terhadap harga minyak oleh kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini adalah kemelut ekonomi baru yang membimbangkan. Setelah rakyat bersama-sama berperang dengan pandemik Covid-19, sekarang rakyat dibebani pula dengan kemelut harga minyak yang mengalami kenaikan setiap minggu. Umum mengetahui, penurunan harga minyak dunia terjadi semasa “kemuncak penyebaran” Covid-19. Ia asas ekonomi “demand-supply” yang mana pengeluaran minyak pada paras yang banyak dan permintaan yang minimum dari pengguna disebabkan arahan Lockdown dan PKP di Malaysia. Dan ia disahkan oleh pakar ekonomi Malaysia malah disahkan pakar ekonomi dunia. Implikasinya kepada syarikat pengeluar minyak seperti PETRONAS mengalami penyusutan hasil jualan.

Apabila wabak Covid-19 mulai beransur-ansur reda, aktiviti ekonomi perlu digerakkan semula, maka akan memberi kesan kepada harga peruncitan yang akan berubah-ubah dan ketika ini lah rakyat ingin melihat kebijaksanaan kerajaan dalam mengawal harga selari dengan keadaan kehidupan rakyat sekarang. Malangnya di peringkat awal setelah Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilonggarkan, amat jelas kerajaan Perikatan Nasional tidak peka dengan kehidupan rakyat yang baru dibenarkan menjalankan aktiviti biasa apabila tular mereka mahu menamatkan Dasar Harga Maksimum Petrol & Diesel yang telah diluluskan semasa Kerajaan Pakatan Harapan memerintah. Untuk rekod Dasar Harga Maksimum Petrol ketika Pakatan Harapan memerintah bagi Ron 95 ialah Rm 2.08 sen.

Jelas, ini adalah tindakan yang tidak mencerminkan kepekaan terhadap kehidupan rakyat yang semakin tertekan. Apakah dengan tiada lagi had harga siling bagi harga petrol ini kerajaan mahu melupuskan subsidi dan membiarkan rakyat membayar harga minyak dengan mahal disaat rakyat sangat memerlukan perhatian khusus dari kerajaan.

Abbas Azmi

Sumber:

COMMENTS