Tiada angin tiada rebut, jubin lantai meletup tiba-tiba, tukang dedah puncanya

Oleh DAHLIA MARZUKI

Pemasangan jubin boleh memberikan impak yang besar dan mewah pada rumah.

Ketika populariti jubin meningkat, ia kini turut dipasang di dapur dan bilik air dengan corak dan tema yang menarik.

Namun, selain daripada memilih tekstur yang anti-slip dan sesuai dengan gaya,

kaedah pemasangan juga penting kerana terdapat kes di mana jubin yang dipasang tiba-tiba meletup.

Apabila ini berlaku, tidak hanya rumah rosak, tetapi kos untuk membuang dan memasang semula jubin juga boleh meningkat.

Tiada angin tiada rebut, jubin lantai meletup tiba-tiba, tukang dedah puncanya

Melalui laman Facebook Tukang Apa Hari Ini, pengguna media sosial berkongsi teknik terkini untuk mengelakkan insiden meletup berulang.

Mereka mencadangkan penggunaan susu latex untuk meningkatkan cengkaman jubin pada permukaan lantai.

Teknik ini juga membuatkan jubin melekat lebih kuat dan padat, terutamanya untuk jubin jenis keras dan heavy duty.

Proses pemasangan jubin 2×2 melibatkan penggabungan simen gam dengan susu latex.

Campuran ini kemudian disapu pada belakang simen dan ratakan menggunakan alat notch trowel.

Selepas itu, campuran tersebut dibiarkan semalaman sebelum jubin dipasang pada permukaan lantai.

Kaedah ini membantu mengelakkan jubin daripada tercabut atau melengkung selepas beberapa masa.

Ia juga sesuai untuk pemasangan jubin di luar rumah yang terdedah kepada cuaca, serta untuk table top dan dinding rumah.

Dengan teknik ini, jubin reject yang nipis pun boleh digunakan tanpa masalah.

BACA: Akaun 3 KWSP, ini benda penting yang ramai tak tahu