This is not fair! Anak muda buka mask sekejap disaman, VVIP bebas langgar SOP – Syed Saddiq

This is not fair! Anak muda buka mask sekejap disaman, VVIP bebas langgar SOP – Syed Saddiq

Tegas dalam menjalankan undang-undang namun, sikap belas kasihan sesama manusia masih perlu ada.

Itu luahan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung seorang individu yang disaman kerana gagal mengenakan pelitup muka dengan sempurna, seperti yang tersebar dalam sebuah video di media sosial.

“Saya faham yang PDRM hanya menjalankan tugas menjaga undang-undang.

“But this is not fair! Anak muda yang sekadar buka mask sekejap disaman, tapi VVIP yang bergambar di tempat sesak langsung tak dikenakan tindakan.

“Kita sesama manusia. Perlu ada belas ihsan. Compassion,” tulis bekas Menteri Belia dan Sukan itu di Twitter.

Dalam video yang tular itu, individu yang dipercayai pelajar itu didenda RM1,000 kerana membuka pelitup muka ketika berada di platform menunggu di sebuah stesen kereta api.

Remaja itu yang dilihat menangis, mendakwa dia menurunkan pelitup muka ke bahagian dagu buat seketika kerana gatal.

Bagaimanapun, seorang pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatakan bahawa orang awam sering memberi alasan yang sama.

Tambahnya, peraturan mengenai pelitup muka menyatakan ia harus dipakai setiap masa di tempat awam yang sesak.

Berita penuh : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/anak-muda-disaman-vvip-tidak-dikenakan-tindakan-syed-saddiq-tegur-pdrm-254523

COMMENTS