Pelakon dan model, Amelia Henderson menegaskan berpakaian seksi sudah memang menjadi sebahagian daripada dirinya.
Katanya, orang lain tidak perlu mengharapkan apa-apa daripadanya kerana dia tetap dengan pendiriannya untuk berpenampilan sedemikian.
Kenyataan itu dibuat oleh Amelia menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.
“#belanjaeveryday. I mean. It’s me. What did you expect,” tulisnya.
Entri tersebut memapar Amelia sekali lagi mengenakan baju dalam bagi mempromosi janama antarabangsa tersebut.
Gambar tersebut telah menerima lebih 75,000 takda suka setakat ini dan turut dihujani komen pelbagai daripada netizen.
.
Rata-rata netizen memuji keyakinan yang ditunjukkan oleh pelakon tersebut yang tidak mempedulikan tanggapan negatif segenlintir pihak terhadap dirinya.