Thailand kenakan caj yuran RM39 kepada pelancong

Thailand kenakan caj yuran RM39 kepada pelancong

Thailand kenakan caj yuran RM39 kepada pelancong. Thailand merancang mula mengutip yuran sebanyak 300 baht (RM39.25) kepada pelancong asing yang tiba di negara tersebut bermula Jun depan, lapor Channel News Asia (CNA).

Difahamkan, yuran tersebut akan digunakan untuk membantu pelancong terbabit dalam kemalangan dan membangunkan destinasi pelacongan.

“Yuran ini tidak dikutip daripada warga asing yang mempunyai permit kerja dan pas sempadan,” kata Menteri Pelancongan, Phiphat Ratchakitprakarn.

Cadangan itu mula dipertimbangkan pada tahun lalu dan tertakluk kepada kelulusan kabinet.

Phiphat berkata, perbelanjaan pelancongan diramal mencecah sekurang-kurangnya 2.38 trilion baht (RM311 bilion) pada tahun ini.

Pada tahun 2019, Thailand mengalu-alukan kemasukan 40 pelancong di negara tersebut.

BACA JUGA :

Bank dunia laung amaran ekonomi meleset dalam waktu terdekat

Gadis berhijab selamba tonggang arak jadi perhatian

Sharon Liew yang apikan perkauman di media sosial rupanya seorang lelaki melayu

CATEGORIES