Tesla batal buka kilang di Malaysia, sekali lain macam pula respon Menteri

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri (Miti), Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, enggan mengulas mengenai

keputusan Tesla Inc untuk membatalkan rancangan membina kilang di Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

“Saya tidak bekerja untuk Tesla,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today.

Ketika ditanya sama ada Miti akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara itu,

Tengku Zafrul hanya mengucapkan “terima kasih” kepada pemberita dan kemudian berlalu.

Tesla batal buka kilang di Malaysia, sekali lain macam pula respon Menteri

Semalam, akhbar Thailand The Nation melaporkan, memetik sumber, bahawa Tesla telah membatalkan rancangan untuk membina kilang kereta elektrik di Asia Tenggara selepas membuat keputusan pelaburan baru.

Namun, perancangan untuk membina kilang di China, Amerika Syarikat, dan Jerman akan diteruskan.

Pagi ini, seorang jurucakap Miti menyatakan bahawa laporan media tersebut bukanlah kenyataan rasmi dari Tesla, melainkan hanya berdasarkan maklumat daripada sumber yang identitinya dirahsiakan.

BACA: Laki aku gelabah nak jawab rupanya ini kerja dia” “Kau bawa kasut siapa ni?