Tersenarai dalam gerakan boikot artis, ini respon Mira Filzah

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Mira Filzah merasa kecewa apabila namanya tersenarai dalam Blockout 2024 untuk artis Malaysia.

Gerakan Blockout 2024 bermula di platform media sosial TikTok menjelang acara Met Gala 2024,

Di mana aktivis anti-zionis mengecam artis dan pempengaruh media sosial yang tidak peduli tentang situasi di Gaza.

Nama-nama artis seperti keturunan Kardashians, Taylor Swift, Gal Gadot, Dwayne Johnson, Hailey Bieber, dan banyak lagi menjadi sasaran netizen.

Netizen memilih untuk menyekat akaun artis tersebut dan menghentikan langganan yang berkaitan sebagai protes kepada artis

Tersenarai dalam gerakan boikot artis, ini respon Mira Filzah

yang dianggap tidak mengambil berat tentang isu kemanusiaan dan hanya mementingkan diri sendiri demi memelihara tajaan.

Trend ini kemudiannya merebak ke Malaysia, di mana beberapa nama artis tempatan dan pempengaruh disenaraikan, termasuk Mira Filzah.

Mira Filzah membantah tuduhan tersebut dan menyatakan bahawa dia telah lama menggunakan platformnya untuk memberikan kesedaran tentang situasi di Gaza.

Dia menegaskan bahawa sejak Januari 2024, dia telah mengunggah beberapa pos sokongan secara terbuka kepada Palestin.

Mira juga menekankan bahawa dia bersuara untuk semua orang.

“Buatlah apa yang anda mahu buat, jika anda ingin menyekat, silakan, tetapi tidak perlu mengeluarkan kata-kata yang kasar.

“Kempen ini bernama Blockout bukannya Makiout.

“Ingatlah bahawa setiap perkataan yang kita luahkan mempunyai dosa dan pahala,” tutupnya.

BACA: ‘Allah itu maha Adil.. Sejauh mana suami menipu saya, Allah bukakan aib dia selepas dia meninggal dunia’