Terpegun tengok Shila Amzah selamba tarik note tinggi sambil duduk

Terpegun tengok Shila Amzah selamba tarik note tinggi sambil duduk

Terpegun tengok Shila Amzah selamba tarik note tinggi sambil duduk. Penyanyi terkenal Malaysia, NurShahila Amir Amzah atau lebih mesra di panggil Shila. Shila merupakan anak kepada penyanyi terkenal 80-an, Amir Amzah Saleh atau lebih dikenali sebagai ND Lala.

Shila memuat naik satu posting di laman instgramnya @shahilaamzah videonya yang sedang berkaraoke .

Terapi Diri

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Shila Amzah (@shahilaamzah)

Menerusi posting video tersebut, Shila mengatakan bernyanyi itu merupakan satu terapi buat dirinya. Shila tampil dengan berpakaian yang begitu simple dan nyanyiannya ketika juga sangat merdu walaupun dalam keadaan santai.

Apabila menyanyi masih terapi terbaik buat penyanyi 😂- tulis Shila

“Selamba Je Tarik”

Terpegun tengok Shila Amzah selamba tarik note tinggi sambil duduk

Hasil tinjauan Murai My di ruangan komen posting tersebut, ramai yang terpukau dengan nyanyian Shila dan memuji suaranya yang merdu. Peminat juga akui menyanyi di tempat karaoke merupakan satu terapi buat dirinya.

kak shila sedapnya suara kak shila..
Sangat bersetuju. Bagi saya menjerit dalam karaoke adalah terapi terbaik
Aduhaiiii sedapnya suara.

Ada juga yang kagum dengan Shila ketika dia terlihat begitu santai ketika menyanyikan lagu yang tone yang agak tinggi.

Wow lek je ko tarik sambil duduk
Dia nyanyi ddk jer wei. Kalau kita cirit hahahahaha
Duduk Pon boleh tarik erk
Sambil duduk ja kan dia tapau camtu ja- kata peminat

Sekadar info, Shila merupakan satu-satunya penyanyi kelahiran negara Malaysia dengan jualan lagu Mandarin tertinggi di Hong Kong, China dan Taiwan menjadikan beliau artis Melayu pertama yang berjaya di ketiga-tiga negara tersebut. Kemahsyuran yang diterima Shila membuatkan akaun Weibonya kini mempunyai 2.5 juta pengikut dan akaun Instagramnya kini berjumlah 2 juta pengikut.

Baaca Juga :
Niat nak bantu ‘bersihkan’ Macbook bapa, anak rendam dalam air
Terbongkar rahsia! Keluarga ni tinggal setahun di pusat beli belah
‘Saya tak goyang’ – wanita ugut nak bongkar sisi gelap Caprice

CATEGORIES