Terlalu rindu, suami buat patung mendiang isteri bernilai hampir RM14,000

Terlalu rindu, suami buat patung mendiang isteri bernilai hampir RM14,000

Terlalu rindu, suami buat patung mendiang isteri bernilai hampir RM14,000. Kehilangan insan tersayang merupakan satu perkara yang terlalu menyedihkan bagi semua orang, tidak kira lelaki atau wanita, tua atau muda, miskin atau pun kaya.

Pastinya hidup akan terasa sunyi, apatah lagi yang telah meninggal dunia itu adalah insan paling rapat dengan kita, paling banyak menghiburkan dan menyenangkan kita.

Kenangan demi kenangan terus berlegar-legar di ingatan, namun hakikatnya masa tidak dapat diundur, hanya gambar dan video sebagai pengubat rindu.

Terlalu rindu, suami buat patung mendiang isteri bernilai hampir RM14,000

Tetapi di Kolkata India, lain pula ceritanya apabila seorang lelaki menghasilkan sebuah patung silikon menyerupai mendiang isterinya sebagai tanda memperingati wanita itu yang telah meninggal dunia akibat Covid-19.

Menurut Tapas Sandilya, 65, patung berharga 250,000 rupee (RM13,284) itu diletakkan di dalam bilik kegemaran mendiang isterinya, Indrani.

Patung tersebut diletakkan dalam keadaan ia sedang duduk di atas sofa dan beratnya adalah sekitar 30 kilogram (kg).

Ia memakai sari yang diperbuat daripada kain serupa berasal dari negeri Assam yang dipakai mendiang ketika hari perkahwinan anak lelaki mereka.

Menceritakan lebih lanjut, Tapas berkata, patung itu bukan sekadar untuk dia mengatasi rasa kehilangan, tetapi ia adalah permintaan terakhir mendiang sebelum meninggal dunia.

“Indrani pernah memberitahu saya bahawa sekiranya dia meninggal dunia sebelum saya, dia mahu saya menghasilkan sebuah patung menyerupai dirinya.

“Dia meninggal dunia pada 4 Mei 2021 dan saya hanya memenuhi hasrat terakhirnya,” katanya.

BACA JUGA :

Nama UK’s atau Ukays jadi perdebatan, mana yang betul?

Kereta milik keluarga diraja Sultan Brunei dilelong RM1.2 Juta

Dah 4 tahun PJJ, whatsapp bini pun aku jarang balas, tak sangka dia buat aku macam ni

CATEGORIES