Terlalu obses dengan produk founder timbang kilo, kulit wanita ini bertukar jadi hijau seakan ‘Shrek’.Jenni selepas menggunakan krim tersebut manakala gambar kiri sebelum menggunakan krim berkenaan.
Jenni Coleman, 35, mendakwa telah menggunakan krim itu di seluruh badannya dari kepala hingga kaki tanpa meragui ketulenan barangan tersebut, lapor The Sun.
Keesokan harinya, dia menangis apabila melihat dirinya pada cermin bilik mandi dan menyedari dirinya bertukar warna hijau.
Jenni berkata, dia tidak pasti apa yang menyebabkan kejadian itu berlaku dan mungkin dari penggunaan krim tersebut.
“Saya tak pasti bagaimana berlaku, saya lihat botol itu dan ternyata ia tiruan, palsu.nangtime.com – Wanita Bertukar Menjadi ‘Shrek’ Akibat Guna Krim Tiruan
“Saya tinggal bersama anak perempuan Leah, 17, dan Emily, 14, dan berkali-kali mandi, malah menggunakan krim ‘exfoliant’ dalam usaha menghilangkan warna tersebut,” katanya.
Katanya, rakan-rakannya turut mengusiknya dengan memberitahu dia seakan ahli sihir.
BACA: