Terkini !!! Tun Rahah meninggal dunia

Terkini !!! Tun Rahah meninggal dunia

Ibu kepada bekas perdana menteri Najib Razak, Rahah Mohamed Noh meninggal dunia petang ini.

Perkara itu dimaklumkan Najib dalam satu hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

Allahyarhamah Rahah merupakan balu kepada bekas perdana menteri kedua negara, Allahyarham Abdul Razak Hussein.

“Bonda saya sudah tiada. Kami sekeluarga di hospital. Kesedihan dan air mata mengalir.

“Tiada kata-kata untuk kehilangan ini,” kata Najib.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/555780

COMMENTS