Terkini !!! Sah Najib salahguna kuasa dalam kes SRC International, kata mahkamah

Sah Najib salahguna kuasa dalam kes SRC International.Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan Najib Razak atas tuduhan salah guna kuasa berhubung kes SRC International.

Ini berdasarkan keputusan sebulat suara yang sedang dibacakan oleh Hakim Abdul Karim Abdul Jalil, yang mengetuai panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan.

Tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri itu.
Najib

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan hakim perbicaraan untuk mensabitkan Najib Razak atas kesalahan menyeleweng RM42 juta milik SRC International.

Dalam satu laporan di suar dalam FMT juga menyebut,Ini berdasarkan keputusan yang sedang disampaikan oleh hakim Mahkamah Rayuan Abdul Karim Abdul Jalil.

Karim berkata tiada sebab untuk bercanggah dengan hakim perbicaraan Mohd Nazlan Mohd Ghazali. Beliau berkata dakwaan bahawa wang itu adalah derma Arab tidak boleh dipertahankan.

Nazlan telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada bekas perdana menteri itu bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah jenayah.

Najib, 68, didakwa menyeleweng RM27 juta dan RM5 juta pada Disember 2014, dan RM10 juta lagi pada Februari 2015 sebagai penjawat awam dan ejen kerajaan iaitu perdana menteri, menteri kewangan dan penasihat emeritus SRC International.

Dana itu adalah sebahagian daripada dua pinjaman daripada Kumpulan Wang Persaraan Inc (KWAP) kepada SRC bernilai RM4 bilion.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

BACA: Najib kata sedang kuarantin, tapi kereta berderet depan rumah cetus tanda tanya

CATEGORIES