Terkini !!! PM umum pakej bantuan khas pukul 4 petang ini

Terkini !!! PM umum pakej bantuan khas pukul 4 petang ini

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan Pakej Bantuan Khas kepada rakyat.

Pengumuman itu akan dibuat secara langsung pada jam 4 petang ini di empat stesen televisyen tempatan.

Pakej Bantuan Khas itu dijangka akan dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat yang kini terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) di seluruh negara.

PKP di tujuh negeri dan PKPB dibuat susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang mendadak sejak bulan ini. –SH