Terkini !!! PH namakan 3 wakil sertai jawatankuasa darurat, Dr Dzulkefly antara wakil

Terkini !!! PH namakan 3 wakil sertai jawatankuasa darurat, Dr Dzulkefly antara wakil

Hari ini YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, telah menghantar satu surat kepada YB Datuk Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) untuk maklumkan bahawa pihak Pembangkang akan memberi tiga nama bagi Jawatankuasa Bebas bagi membuat pengesyoran kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sekiranya pelaksanaan darurat dapat ditamatkan lebih awal mahupun sebaliknya.

Tiga nama tersebut adalah seperti berikut:

i) YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu (P018)

ii) YB Tuan Loke Siew Fook
Ahli Parlimen Seremban (P128)

iii) YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Ahli Parlimen Kuala Selangor (P096)

Penyertaan wakil Pembangkang ke dalam Jawatankuasa Bebas ini tidak mengubah pendirian kami bahawa alasan-alasan yang dikemukakan Perdana Menteri berkenaan keperluan darurat tidak dapat diterima. Kami serta majoriti Ahli-Ahli Parlimen juga kekal dengan pendirian bahawa darurat ini perlu ditamatkan dan Parlimen perlu bersidang segera.

YB DS Saifuddin Nasution
Parti Keadilan Rakyat
(KEADILAN)

YB Datuk Dr Hatta Ramli
Parti Amanah Negara
(AMANAH)

YB Loke Siew Fook
Parti Tindakan Demokratik
(DAP)

21 Jan 2021 – Majlis SU – Wakil JK Bebas Darurat