Terkini !!! Ketua-ketua parti Politik mula masuk ke Istana Negara

Ketua-ketua parti Politik mula masuk ke Istana Negara. Istana Negara hari ini sekali lagi menjadi tumpuan susulan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh Kabinetnya meletakkan jawatan pada Isnin.

Tumpuan hari ini adalah tertumpu kepada siapakah calon Perdana Menteri pilihan Ahli Parlimen.

Antara yang dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ialah presiden parti masing-masing iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (UMNO), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Pejuang).

Ketua-ketua

Pada Isnin, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima peletakan jawatan Muhyiddin dan jawatan seluruh Jemaah Menteri.

Seri Paduka Baginda juga berkenan untuk Muhyiddin menjalankan tugas sebagai perdana menteri sementara atau ‘caretaker’ sehingga perdana menteri baharu dilantik.

2.pm – Turut kelihatan tiba di pekarangan pintu Istana Negara Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Secara langsung

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tiba di pekarangan pintu Istana pada jam 1.42 petang.

Manakala Kenderaan yang dinaiki Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir masuk ke Pintu Dua Istana Negara pada 1.52 petang.

CATEGORIES