Terkini !!! Hanya tinggal 3 zon hijau di semenanjung

Terkini !!! Hanya tinggal 3 zon hijau di semenanjung

Semakin banyak daerah menjadi zon merah Covid-19, dengan hanya tiga daerah di Semenanjung kekal sebagai zon hijau.

Infografik Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan hanya Langkawi (Kedah), Hulu Terengganu (Terengganu) dan Jerantut (Pahang) kekal sebagai zon hijau di Semenanjung tanpa kes aktif.

Di Sarawak, 22 daerah kekal zon hijau, walaupun ibu negeri itu, Kuching, kini zon merah.

Daerah Sibu di Sarawak menjadi zon merah, begitu juga Bachok, Gua Musang dan Machang di Kelantan, Kuantan (Pahang) serta Baling (Kedah).

Secara keseluruhan, terdapat 72 daerah dikategorikan zon merah di seluruh negara kerana mempunyai lebih 40 kes aktif.

Daerah paling teruk terjejas ialah Klang yang mencatatkan 4,403 kes aktif, diikuti Hulu Langat (1,971), Johor Bahru (1,804) dan Muar (1,606).

Semalam, terdapat 27,332 kes aktif di seluruh negara.

Sebanyak 135,992 kes Covid-19 dengan 551 kematian dicatatkan sehingga kini di Malaysia.

“Hadkan pergerakan yang tidak perlu. Virus Covid-19 berada dalam komuniti kita,” menurut infografik KKM di Facebook.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/11/doa-untuk-malaysia-kini-hanya-tinggal-3-zon-hijau-di-semenanjung/

COMMENTS