Terkini !!! Hadi dilaporkan stabil, ahli diminta kekal tenang

Terkini !!! Hadi dilaporkan stabil, ahli diminta kekal tenang

Tular satu hantaran dimedia sosial, Presiden Pas, Tuan Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang telah dikerjarkan ke Hospital Putrajaya selepas mengadu mengalami kesukaran bernafas pada petang semalam.

Dalam kenyataan lain, pihak doktor yang merawat beliau mendapati keadaan jantungnya agak lemah dan terpaksa dirujuk segera ke IJN bagi rawatan lanjut.

Turut berada bersama-sama beliau ketika kejadian ialah Menteri Undang-Undang, Dato’ Takiyuddin Hasaan.

Sementara itu, dalam hantaran terbaharu anak lelaki beliau, Abdul Khalil menjelaskan situasi terkini ayahnya. Dalam tulisan tersebut, beliau memaklumkan Tuan Guru Presiden berkemungkinan penat setelah melalui jadual kerja yang padat sambil meminta orang ramai turut mendoakan kesembuhan ayahnya.

Dalam perkembangan terkini, sumber Hospital Putrajaya pula memaklumkan Tuan Guru telahpun berlepas ke IJN jam 9.30mlm semalam dan akan menjalani ujian swab di sana.

 

Sumber : https://negaramerdeka.com/terkini-presiden-pas-stabil-ahli-diminta-bertenang/