Terkini !!! Gadis 19 tahun antara korban Covid-19 yang diumum hari ini

Terkini !!! Gadis 19 tahun antara korban Covid-19 yang diumum hari ini

Seorang gadis berusia 19 tahun antara empat mangsa korban akibat COVID-19 pada hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia jenazah gadis berkenaan yang menghidap penyakit anemia telah dibawa ke Hospital Papar, Sabah.

Sebanyak empat kes kematian COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah sebanyak 563 kes (0.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sebanyak 2,985 kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 144,518 kes.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 32,377 kes.

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,983 kes.

Bagi kes penularan di dalam negara, 2,109 kes adalah warganegara Malaysia (70.7 peratus) dan 874 kes adalah bukan warganegara.

Terdapat 197 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 79 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Bagaimanapun negeri Selangor terus mencatatkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 837 kes (28.0 peratus).
Daripada jumlah ini, sebanyak 605 kes (72.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 535 kes (17.9 peratus) dan Sabah sebanyak 450 kes (15.1 peratus).

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/gadis-19-tahun-antara-korban-akibat-covid-19/

COMMENTS