Terkini : BNM naikkan OPR kepada 2 Peratus. Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.0 peratus dalam mesyuarat MPC pada Rabu.
Dalam satu kenyataan, BNM memaklumkan kadar siling dan lantai OPR masing-masing meningkat kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus.
“Pembukaan semula ekonomi global dan penambahbaikan dalam keadaan pasaran buruh terus menyokong pemulihan aktiviti ekonomi.
“Ini telah mengurangkan sebahagian daripada impak konflik ketenteraan di Ukraine dan sekatan ketat di China,” menurut kenyataan itu, di sini, pada Rabu.
BERITA LANJUT MENYUSUL
BACA:
Cara sebenar bayar hutang PTPTN guna duit KWSP
Mangsa dedah jadi ‘mangsa skim cepat kaya’ Azizan Osman
Lelaki dedah mengapa ‘handling’ Bezza macam sampan