Terkini!! BNM jangka OPR diturunkan

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka akan menurunkan Kadar Dasar Semalam (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada 2025, berbanding kadar semasa iaitu 3.0 peratus, menurut ramalan penganalisis ekonomi.

Menurut Pengarah Program MBA dari Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, penurunan kadar OPR ini adalah

Berikutan tindakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) yang baru-baru ini menurunkan kadar faedahnya kepada 4.5 peratus.

“Pada tahun 2022, ketika kadar faedah AS berada pada paras 4.5 peratus, OPR Malaysia adalah 2.75 peratus.

Berdasarkan hubungan ini, besar kemungkinan OPR akan kembali turun kepada paras yang sama, memandangkan kadar inflasi negara masih terkawal di 1.8 peratus,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Terkini!! BNM jangka OPR diturunkan

Kadar OPR terakhir kali mengalami perubahan pada Mei 2023 apabila ia dinaikkan dari 2.75 peratus kepada 3.0 peratus.

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM bagi tahun 2025 dijadualkan berlangsung pada 23 dan 24 Januari depan.

Sementara itu, Dr Ahmed Razman turut meramalkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2025 mungkin akan mencatatkan pertumbuhan antara 4 hingga 5 peratus.

Menurut beliau, faktor utama yang menyumbang kepada pertumbuhan ini termasuk kestabilan kerajaan, permintaan yang terus meningkat dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), khususnya dalam pengeluaran cip silikon, harga komoditi yang kekal tinggi, serta kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan.

“2025 akan menyaksikan peningkatan pelaburan syarikat multinasional (MNC) di negara ini, terutamanya dalam bidang teknologi tinggi seperti aeroangkasa, kecerdasan buatan (AI), teknologi hibrid, dan cip silikon,” tambahnya.

Namun, beliau juga memberi amaran tentang beberapa risiko yang berpotensi menggugat pasaran pada 2025.

Antara risiko tersebut adalah kemungkinan berlakunya ketegangan semula dalam perang tarif antara Amerika Syarikat dan China, serta ketegangan geopolitik di Asia Barat, konflik Rusia-Ukraine, dan tindakan agresif Amerika Syarikat terhadap blok ekonomi BRICS.

BACA: Demam anda tak kebah? cuba rendam kaki dalam 3 bahan ini insyaallah menjadi