Terkini !!! Belum ada calon miliki majoriti mudah untuk jadi MB Perak

Terkini !!! Belum ada calon miliki majoriti mudah untuk jadi MB Perak

Masih belum ada calon yang mempunyai majoriti mudah untuk menjadi menteri besar, kata Ahli Dewan Negara Perak Mohd Annuar Zaini berkata.

Katanya, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hanya akan memainkan peranan memilih menteri besar hanya setelah baginda yakin bahawa calon yang dipersembahkan mendapat sokongan majoriti mudah.

“Duli Yang Maha Mulia (DYMM) ambil maklum seperti di hari-hari sebelum, peranan DYMM hanyalah setelah diyakinkan bahawa calon yang akan dipersembahkan itu telah mendapat sokongan majoriti mudah.

“Dan pihak istana bersedia apabila diyakinkan sudah ada calon yang sudah dapat majoriti mudah untuk angkat sumpah jawatan menteri besar yang baru.

“Tak ada lagi yang mengadap (no one visiting), balik berehat.

“Setakat ini masih belum ada,” katanya pada sidang media di luar Istana Kinta, Ipoh hari ini.

Perak kini tiada menteri besar, apabila bekas menteri besarnya, Ahmad Faizal Azumu meletakkan jawatan susulan kehilangan sokongan majoriti dalam usul undi percaya dalam sidang DUN 4 Dis lalu.

Dia gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya yang dibawa Adun Pengkalan Baru dari Umno, Abd Manaf Hashim.

Ahmad Faizal mendapat hanya 10 undi sokongan, sementara 48 lagi undi menolak usul percaya itu, manakala satu undi rosak dan satu undi berkecuali.

‘Belum ada calon yang dapat majoriti besar jadi MB’

Setakat ini, Sultan Nazrin telah berkenan menerima mengadap pemimpin parti-parti politik daripada PH (DAP, Amanah dan PKR), serta Umno dan BN.

Menurut Annuar, sekiranya ada perkembangan mengenai calon menteri besar, pihak istana akan memaklumkan melalui saluran rasmi kerajaan.

“(Tentang) dinamik itu, saya sendiri nasihat kalau ada apa-apa kita akan beritahu melalui media kerajaan, tapi sehingga esok, setakat ini masih tiada.

“Tapi keadaan adalah dinamik,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/554010

COMMENTS