Terkini !!! Beberapa negeri bakal tamat PKPB awal

Terkini !!! Beberapa negeri bakal tamat PKPB awal

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di beberapa negeri yang mencatatkan kes Covid-19 rendah mungkin akan ditamatkan.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyampaikan penilaian risiko kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Jumaat ini.

PKPB telah dikenakan di hampir semua negeri kecuali Pahang, Kelantan, Perlis, dan sebahagian besar kawasan di Sarawak. Ia dijangka tamat 6 Nov.

“KKM diarah untuk buat penilaiain risiko, walaupun kita umum PKPB di seluruh negara selama satu bulan kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis.

“Sekarang KKM sedang nilai dari jumlah kes, sedang dilihat, dan KKM akan bentang keputusan Jumaat nanti.

“Kalau tiada peningkatan kes, status dianggap hijau, maka kemungkinan beberapa negeri akan ditamat PKPB,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/551505

COMMENTS