Terkini!! Basikal perlu lesen dan plat

Terkini!! Basikal perlu lesen dan plat

Apa kaitan nombor plat, lesen dengan menjaga keselamatan penunggang basikal??? Ada nombor plat boleh elak kemalangan kah???

Jika nak mentekedarah duit rakyat bg pengguna basikal sekalipun, prasarana utk pengguna basikal spt sediakan lorong khas berbasikal, lampu jalan, ‘signage’ & sbgnya SEPATUTNYA disediakan terlebih dahulu.

Tak kanlah budak2 kg yg berbasikal ke sekolah setiap hari yg guna jalan kampung bertanah merah, berlopak, berlubang, malah ada guna jalan hutan nak dikenakan lesen !!

Ajar pemandu (kenderaan bermotor) agar memandu secara berhemah & selamat, jangan drink and drive? Jangan memandu secara kurang ajar dan ikut amarah? Bagi signal bila membelok? Pemandu yang cuai. Penunggang basikal pula yang salah. Bagus kerajaan ABAHkau !!!

Sumber :

Demi menjaga keselamatan penunggang basikal daripada terdedah dengan kemalangan jalan raya, setiap basikal di negara ini perlu didaftar, dilesen dan diletakkan nombor plat pendaftaran sama se­perti kenderaan bermotor. Peraturan ketat ini nampak jumud dan tidak masuk akal, na­mun, ia penting demi melin­dungi keselamatan pengguna jalan raya. Sehubungan itu, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mengkaji keperluan…

Berita penuh : https://www.utusan.com.my/premium/2020/09/basikal-perlu-lesen-nombor-plat/

COMMENTS