Terkini !!! Angka kematian harian Covid-19 tertinggi hari ini, 16 kematian

Terkini !!! Angka kematian harian Covid-19 tertinggi hari ini, 16 kematian

Sebanyak 16 kes kematian disebabkan oleh COVID-19 dcatat hari ini, menjadikannya angka terbesar pernah dilaporkan sejak penularan virus berkenaan di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia kepada 537 kes atau 0.41 peratus daripada keseluruhan kes.

“Peningkatan kes kematian hari ini disebabkan ada kes yang memerlukan tempoh tertentu untuk siasatan lebih lanjut dijalankan sebelum kematian disahkan disebabkan oleh COVID-19,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semua kes kematian hari ini membabitkan warganegara Malaysia iaitu sembilan kes di Selangor, empat di Sabah dan tiga di Johor.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/773959/covid-19-malaysia-catat-16-kematian-hari-ini

COMMENTS