Terkini !!! Ahmad Said positif Covid-19

Terkini !!! Ahmad Said positif Covid-19

Bekas menteri besar Terengganu Ahmad Said dan isterinya Norliza Mahmud disahkan positif Covid-19 hari ini.

Pengerusi Umno terengganu yang juga ahli Parlimen Kijal itu berkata, dia dan isterinya kini menjalani rawatan di Hospital Sultan Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

“Beberapa hari lepas, saya rasa letih ketika membaja pokok di kebun. Kemudian rasa lenguh dan saya hubungi (petugas) klinik swasta ke rumah.

“Saya dan isteri jalani ujian dan tiga hari kemudian (hari ini) keputusan tunjukkan (kami) positif,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ahmad Said berkata tidak pasti bagaimana dia dijangkiti vitus tersebut. – MK