Terkini!! Ahli parlimen Putrajaya bersalah terima rasuah RM 2 juta

Terkini!! Ahli parlimen Putrajaya bersalah terima rasuah RM 2 juta

Mahkamah Tinggi memutuskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku bersalah menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli peniagaan.

Tengku Adnan yang berada dalam kandang mahkamah ketika keputusan itu dibacakan hakim hanya tunduk mendengar keputusan yang dibacakan hampir 25 minit.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan ketika membacakan rumusan keputusan 80 muka surat itu berkata, pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah pada akhir pembelaan tempoh hari.

Dalam penghakiman yang dibacakan dalam Bahasa Inggeris, Mohamed Zaini berkata, tertuduh sebenarnya tidak pula menafikan wang RM2 juta itu dimasukkan ke akaun Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB).

Wang itu didakwa telah digunakan untuk dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Dakwaan ini tidak menyakinkan saya kerana ketika itu tertuduh bukanlah menjawat jawatan Bendahari Agung UMNO dan bukan juga Ahli Parlimen untuk kedua-dua kawasan PRK itu.

“Timbul keraguan wang berkenaan telah digunakan untuk PRK tersebut,” katanya ketika membacakan keputusan bersalah itu.

Tengku Adnan, atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada Tan Sri Chai Kin Kong, yang juga Pengarah AKSB.

Wang tersebut diterima melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik THSB, yang mana beliau juga mempunyai kepentingan dan diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Ahli Parlimen Putrajaya berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara pada 14 Jun 2016.

Beliau yang didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim manakala peguam Datuk Tan Hock Chuan mengetuai pasukan pembelaan.

Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2020/12/21/tengku-adnan-didapati-bersalah-terima-rasuah/

COMMENTS