Terkini : Agong benarkan parlimen bersidang dalam tempoh darurat

Terkini : Agong benarkan parlimen bersidang dalam tempoh darurat

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berpandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh proklamasi darurat dilaksanakan, pada suatu tarikh difikirkan sesuai olehnya atas nasihat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata, keputusan Agong itu dibuat selepas menerima menghadap Speaker Dewan Negara Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun di Istana Negara, hari ini.

“Baginda menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Agong atas nasihat Perdana Menteri.

“Perkara ini termaktub di dalam sub perenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa- Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Agong atas nasihat Perdana Menteri,” katanya.

Beritta penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/24/parlimen-boleh-bersidang-dalam-tempoh-darurat-kata-agong/