Terkini : AFC ‘haramkan’ Stadium Bukit Jalil

Oleh INFORAKYAT

AFC ‘haramkan’ Stadium Bukit Jalil. Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memberi bayangan untuk mengenakan ‘sekatan’ kepada Stadium Nasional Bukit Jalil sekiranya padang tidak dinaiktaraf dengan segera.

Ini bermakna AFC tidak akan memberi kelulusan terhadap venue terbabit bagi penganjuran kejohanan peringkat Asia sehingga padang terbabit dibaikpulih.

Perkembangan itu disahkan Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John yang mengakui kecewa dengan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang dilihat rosak selepas ‘dihenyak’ dengan empat perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023.

“Kita terkejut melihat keadaan padang dan takkan mahu menyalahkan hujan pula. Tuan punya tempat itu perlu lebih bersedia dan di sini bukannya Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM) kena uruskan perkara itu.

“Jadinya, kita agak kecewa dengan keadaan padang yang masih lagi tidak dibaikpulih malah menggunakan alat yang tidak sesuai pula untuk membuang air atas padang.

“Saya fikir kalau keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil berterusan seperti ini, AFC tidak akan meluluskan lagi perlawanan di stadium berkenaan,” katanya.

Terkini : AFC 'haramkan' Stadium Bukit Jalil

Terdahulu, BH Sukan melaporkan hujan lebat yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil sejak petang pada Sabtu lalu menyaksikan permukaan padang ditakungi air.

Situasi itu memaksa petugas stadium terpaksa menolak air secara ‘manual’ menggunakan penyodok dan kadbod bagi memastikan permukaan padang dapat digunakan bagi aksi kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bahrain.

Malah, petugas stadium masih giat menolak air ketika jam menghampiri 8.40 malam, hanya 20 minit sebelum perlawanan berlangsung.

Insiden itu mengundang bahan ketawa dan menjadi tular di media sosial selepas netizen menyifatkan permukaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai ‘bendang’ ataupun ‘sawah padi’.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Mohd Faidz Sanusi menjelaskan pihaknya sudah mencadangkan perlawanan antara Malaysia menentang Bahrain itu ditangguhkan bagi tempoh sekurang-kurangnya 30 minit.

Namun Faidz mendakwa penganjur tetap mahu meneruskannya seperti waktu ditetapkan sekali gus menyebabkan padang rosak.

BACA:

Sultan titah hadiri Bon Odori, ini respon Menteri Agama

Faizal Ismail kahwin baru di Madinah? “Saya jadi saksi pernikahan mereka..”