Terkejut wartawan Qatar bila brother Korea ni fasih cakap Arab

Terkejut wartawan Qatar bila brother Korea ni fasih cakap Arab

Terkejut wartawan Qatar bila brother Korea ni fasih cakap Arab. Sekarang ini kejohanan bola sepak Piala Dunia 2022 berlangsung bermula 21 November lalu hingga 18 Disember ini. Kali ini Qatar menjadi tuan rumah dengan melibatkan lapan venue perlawanan di 5 buah bandar iaitu Lusail, Al Khor, Doha, Al Rayyan dan Al Wakrah.

Bercakap mengenai Piala Dunia, pastinya penyokong yang hadir dari pelbagai negara menjadi aspek penting dalam kejohanan bola sepak ini. Baru-baru ini pula, viral sebuah video menyaksikan penyokong dari Korea Selatan yang ditemu ramah oleh wartawan tempatan.

Menerusi video yang kini meraih hampir empat juta tontonan itu, wartawan tempatan tersebut sedang menemu ramah seorang penyokong yang hadir. Difahamkan, penyokong tersebut datang dari Korea Selatan dan berkesempatan menonton perlawanan negaranya menentang Ghana.

@qatarliving Qatar has truly won the hearts of people from every corner of the world! قطر تأسر قلوب المُشجعين من كافة الجنسيات والثقافات! 🎥: AlKass channel #qatar #qatarworldcup #قطر #qatarworldcup ♬ original sound – qatarliving

Pada awalnya, sesi temu ramah itu dilakukan dalam Bahasa Inggeris sebelum lelaki Korea Selatan itu membalasnya dalam Bahasa Arab. Reaksi spontan dari penyokong Korea itu turut membuatkan wartawan tersebut dan penonton lain terkejut melihatnya.

Terkejut wartawan Qatar bila brother Korea ni fasih cakap Arab

Difahamkan, lelaki tersebut boleh berbahasa Arab sedikit dan memahami apa yang dikatakan oleh wartawan Arab itu. Malah wartawan itu juga kemudiannya meneruskan temu ramah tersebut dalam Bahasa Arab sahaja dan bertanyakan pengalaman lelaki itu sepanjang berada di Qatar.

“Orang korea pun pandai cakap arab, aku pandai wahidun satu je.”

Perkongsian video itu kemudian menjadi tular di mana rata-rata netizen turut kagum melihat kefasihan penyokong Korea itu berbahasa Arab. Berdasarkan tinjauan, ada yang memberitahu lelaki itu sebenarnya adalah seorang YouTuber dan sering berkunjung ke negara-negara Arab.

BACA:

Keadaan terkini anak Elfira Loy buat peminat bimbang, “dah stage tiga..”

Anuar Zain belanja gambar tengok live di World Cup Qatar, “dekat gila seat dia!”

Buah pinggang wanita ini hilang separuh selepas diurut

CATEGORIES