Lama tidak mendengar khabar pelakon komedi Ebby Yus sejak dia tidak lagi muncul di kaca televisyen.
Nama pelakon itu mula menjadi sorotan selepas dia dikatakan terpaksa menjual barangan peribadi kerana sudah empat bulan tiada tawaran berlakon.
Namun foto terbaharunya yang dikongsi rakan artis baru-baru ini menarik perhatian
kerana penampilannya yang kelihatan sangat kurus dan sakit.
Tahap kesihatan pemilik nama sebenar Muhammad Yunus Abdul Rashid itu kebelakangan ini agak merosot
selepas dia melakukan pembedahan di akibat komplikasi buah pinggang.
Bagaimanapun pelakon itu enggan meminta-minta bantuan dan lebih selesa mencari rezeki dengan kudratnya sendiri
“Saya jual barang-barang yang saya ada untuk kelangsungan hidup, tetapi taklah mewah, sekadar cukup untuk belanja makan,” katanya memetik mStar.
Ebby berkata, dia tidak berkecil hati jika ada rakan-rakan artis yang tidak datang menjenguknya kerana tahu mereka juga ada tanggungjawab masing-masing.
“Saya tahu kawan-kawan saya semua ingat dekat saya tetapi mungkin masa mereka agak terhad. Doa dan kata-kata daripada mereka pun dah cukup untuk saya terus bangkit,” katanya lagi.
Baca juga: “Sejak kecil mak tak habis suka maki aku ,sedangkan dia layan dua abang aku lain pula”