Terkejut tahu kehidupan terkini balu arwah Achik Spin selepas 13 tahun besarkan anak tanpa suami. Biarpun sudah 13 tahun pemergian allahy4rh4m Achik Spin, nama dan lagu-lagu popularnya masih menjadi siulan ramai.
Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari merupakan vokalis kumpulan Spin. Achik juga pernah menjadi pasangan duet Siti Nordiana menerusi lagu Paling Comel dan Bola Bola Api
lagu tersebut juga pernah mencetvskan fenomena dalam industri muzik tanahair.
Setelah meninggal dunia akibat kem4lang4n di Lebuhraya Kajang Seremban pada 17 April 2010,
Achik men1ngg4lkan seorang b4lu, H.M Rose Zaitul Suriani Wati Maarof bersama dua anak perempuan yang kini menginjak ke usia remaja. Anak sulung mereka, Puteri Rania men1ngg4l dunia pada 2007.
Biarpun sudah berbelas tahun arw4h ‘pergi’, sesekali isterinya ada memuat naik gambar-gambar kenangan mereka. Malah, perkembangan anak-anak juga sering dikongsi di media sosial.
Berikut temu bual eksklusif Majalah Nona bersama b4lu arw4h Achik Spin yang mesra disapa sebagai Tasha.
KEHIDUPAN TERKINI
“Seperti ibu-ibu tungg4l yang lain, kehidupan saya sekarang alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Anak-anak pun dah boleh biasakan diri hidup tanpa ayah di sisi. Kalau rindu, saya akan bawa mereka ziarah pusara arw4h bapa mereka.
“Dari segi pelajaran anak-anak pun alhamdulillah. Yang sulung, Safiyya bersekolah harian berhampiran dengan rumah memandangkan dia tidak suka duduk di asrama. Tahun ini Saffiya berusia 15 tahun, tingkatan tiga.
“Manakala adiknya, Putri Nursumayya berusia 13 tahun dan belajar di sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Sains Tuanku Aishah r0hani Seremban.”
Tasha kini bekerja sebagai pegawai kewangan di salah sebuah h0sp1tal swasta sekitar Seremban. Kata Tasha, dia turut mempunyai perancangan untuk berbisnes memandangkan anak-anak sudah meningkat remaja.
SAYALAH IBU, SAYALAH AYAH
“Saat paling mencabar adalah ketika anak-anak masih kecil. Pernah sekali tu, Sumayya dimasukkan ke KPJ kerana ada ketumbvhan lend1r di bahagian tangan dan terpaksa melakukan pembed4han minor. Disebabkan itu juga dem4mnya sangat tinggi. Kebetulan pula waktu itu bulan puasa.
“Yang menjadi masalahnya, ketika itu tiada siapa boleh bergilir dengan saya kerana anak-anak cuma nak dekat dengan kembar saya saja iaitu Riana. Kalau Riana ada barulah saya boleh uruskan hal-hal lain. Kebetulan Riana pun ada anak yang sebaya dengan anak saya.
“Hanya Allah saja yang tahu betapa mencabarnya situasi saya ketika itu. Terlalu penat kerana semuanya saya kena buat sendiri. Sayalah ibu, sayalah ayah.”
Pun begitu, Tasha bersyukur kerana kehidupannya kini semakin baik dan teratur. Anak-anak pun dah membesar, makin cantik dan bijak-bijak pula tu.
CANTIK PADA USIA 40-AN
Melihat kepada fizikalnya yang kecil molek dengan raut wajah yang sweet, tak sangka rupa-rupanya Tasha sudah mencecah usia 40an. Bila bersama anak-anak nampak seperti kakak-dan adik pula. Bertuahnya Tasha! Agaknya apa petua yang diamalkan ye?
“Tiada apa-apa petua pun. Mungkin sebab saiz badan kecil beri kelebihan kepada saya nampak macam kakak bila dengan anak-anak. Mungkin juga sebab saya lahir bulan Disember itu yang nampak awet muda kot…” kata Tasha sambil berselor0h.
RAPAT DENGAN KEMBAR
Menjengah ke akaun Instagram, Tasha dan kembarnya Rania baru sahaja meraikan ulang tahun kelahiran mereka.
“Riana merupakan kakak kembar saya. Ketika dilahirkan, beza masa kami cuma 10 minit. Hubungan kami memang rapat, maklumlah kembar. Setiap hari kami akan saling berhubung dan berjumpa.
“Kalau berg4duh atau berselisih faham pun, dalam setengah jam dah berbaik semula. Kami memang tak boleh berpisah, lagi-lagi dalam tempoh yang lama. Sampai arw4h suami pun dah faham kenapa kami berjumpa hari-hari.”
“Jika sudah tertulis ada jodoh buat kali kedua, dengan sendirinya pintu hati ini akan terbuka. Akan tetapi, saya tak rasa ada orang yang boleh sayang saya seperti mana arw4h suami. Mungkin sebab itulah saya masih belum ada pengganti.”
Didoakan agar segala urusan Tasha dan anak-anak dipermudahkan.
BACA:
Menteri disahkan meninggal dunia selepas kena tembak dengan pegawai polis