Terkejut pekerja jumpa lipan saiz gergasi di tempat kerja. Lipan Bersaiz Gergasi Ditemui Di Tapak Perlombongan Di Kuantan? Anda mesti pernah tengok lipan bukan? Lipan ini merupakan antara haiwan atau serangga yang selalu merayap di rumah selain daripada lipas, labah-labah, cicak dan semut.
Lipan atau dalam bahasa Inggerisnya Centipede memang merupakan salah satu serangga yang berbisa walaupun racunnya belum boleh dikategorikan tahap membunuh buat manusia. Tapi di ingatkan bagi kanak-kanak bawah 5 tahun atau warga emas yang disengat lipan, segeralah bertemu doktor.
Kebiasaannya saiz lipan yang selalu kita lihat adalah lebih kurang sepanjang tapak tangan namun lain pula dengan lipan yang ditemui di Kuantan, Pahang ini.
Lipan yang paling selalu jumpa di kawasan rumah
Sekumpulan pekerja lombong di Kuantan, Pahang telah menemui satu spesies lipan yang saiznya sangat besar dan layak dikategorikan kepada lipan gergasi! Difahamkan, haiwan berbisa itu dipercayai dijumpa oleh sekumpulan pekerja lombong di tapak perlombongan bauskit di Bukit Goh, Kuantan, Pahang.
Menerusi laman sosial, gambar lipan gergasi ini kini menjadi tular berikutan saiznya yang dikatakan teramat besar, menggalahkan saiz seekor ular tedung dewasa.
Ia lantas mencetuskan persoalan netizen yang mana ada yang mengatakan gambar serangga berbisa itu adalah tidak sahih dan mungkin hanya helah teknik penggambaran kamera.
Terdapat juga sumber yang mengatakan bahawa gambar lipan ini sebenarnya bukan di Kuantan, tetapi dari China. Bagaimanapun, kewujudan lipan bersaiz besar ini adalah tidak mustahil kerana di Aftika Selatan, terdapat spesis lipan sebegini yang dikenali sebagai Scolopendra gigantea.
Lipan ini juga dikatakan mampu membesar sehingga 30 ke 40cm dengan panjang keseluruhan sehingga mencecah 60cm! Sebenarnyas, tak kisahlah lipan besar atau lipan kecil, majoriti besar daripada anda semua mesti dah lari jauh-jauh bukan?
BACA:
Rupanya ini punca lipan buat sarang dalam rumah
Fosil gergasi berusia 326 juta tahun ditemui