Terengganu raih RM40 juta hasil himpunan RXZ members? Rupanya ini yang dibelanjakan peserta himpunan

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Penganjuran program Himpunan RX-Z Members 6.0 di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, walaupun mendapat tanggapan negatif

ada yang mengaitkan program ini dengan budaya rempit, masih ada yang melihatnya dari sudut positif.

Menerusi perkongsian di Facebook, seorang individu bernama Sabri Mamat menyatakan bahawa

program tersebut mampu memberi pulangan ekonomi kepada Terengganu.

Dia juga berkongsi pengiraan yang menunjukkan anggaran Terengganu meraih sekitar RM40 juta daripada penganjuran program ini.

Terengganu raih RM40 juta hasil himpunan RXZ members? Rupanya ini yang dibelanjakan peserta himpunan

“Berapa janaan ekonomi untuk Terengganu dalam tiga hari RXZ Member? Ini anggaran purata. Makan minum RM50 untuk tiga hari bersamaan RM150.

“Minyak kenderaan RM50, ole-ole RM100, cenderamata RM50, penginapan RM50. Jumlah RM400 kali 100,000 orang, (dapat) RM40 juta.

“Ini anggaran sahaja, mungkin kurang atau lebih. Mungkin tak lari antara RM30 juta hingga RM50 juta,” tulisnya dalam perkongsian itu.

Dalam hantaran yang sama, dia juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua peserta program yang hadir ke Terengganu.

“Terima kasih kepada semua RXZ members yang telah menyuburkan negeri kami. Hadirmu membawa berkah kepada kami.

“Bunyi bising itu sekejap sahaja. Kita jumpa lagi tahun depan untuk 7.0. Kami akan sambut dengan lebih meriah.

“Kalau ada peserta RXZ yang melihat posting ini, cuba jujur berapa jumlah kos awak sebenarnya,” tulisnya lagi.

Di ruangan komen, ramai peserta program turut berkongsi anggaran perbelanjaan mereka sepanjang berada di Terengganu.

“RM800 ke RM900 untuk homestay, minyak, makan, dan lain-lain. Setahun sekali. Terima kasih warga Terengganu.

“RM1,145 kos kerugian. Tapi tak rugi pun, puas hati. Kami dari Kangar, Perlis.

“Saya dari Klang, belanja RM500 ke RM600 untuk acara ini tetapi sangat puas hati.

“Ini anggaran paling murah. Kalau terlebih, lagi banyak. Tahun depan buat lagi. Menjana ekonomi,” tulis netizen.

BACA: Alatan memasak dibiar tanpa dibasuh, restoran GISBH ditinggal dalam keadaan ‘tergesa-gesa’