Terbongkar rahsia orang Jepun boleh kurus walaupun banyak makan nasi

Oleh INFORAKYAT

Terbongkar rahsia orang Jepun boleh kurus walaupun banyak makan nasi. Kita sedia maklum, nasi merupakan makanan ruji masyarakat Jepun dan negara-negara di sekitar Asia.

Tetapi yang peliknya rata-rata masyarakat Jepun ini memiliki tubuh fizikal yang kurus meskipun banyak makan nasi.

Jadi, bagaimana mereka mengekalkan bentuk badan ideal, walhal makan nasi setiap hari dibandingkan dengan orang Asia lain.

Pertama sekali, tabiat berjalan dalam 7K hingga 10K langkah setiap hari merupakan punca mengapa berat badan mereka tidak naik atau bertambah secara mendadak.

Terbongkar rahsia orang Jepun boleh kurus walaupun banyak makan nasi

Dengan rutin harian seperti ini, tidak hairanlah masyrakat Jepun dapat miliki tubuh yang langsing walaupun makan nasi bermangkuk-mangkuk di rumah.

Kombinasi karbohidrat dan rendah lemak

Gabungan nasi dan beberapa menu makanan yang rendah lemak merupakan kunci utama mengapa masyarakat Jepun dapat mengekalkan badan yang langsing.

Saiz mangkuk main peranan

Satu lagi rahsia orang Jepun adalah saiz mangkuk makanan. Meski orang Jepun banyak makan nasi dalam tiga hingga empati mangkuk,

tetapi saiz mangkuk nasinya kecil sebesar tapak tangan jadi karbohidratnya tidak sebanyak orang Asia di negara lain makan dalam satu pinggan.

Kurang makan makanan proses

Untuk pengetahuan kamu, orang Jepun kurang memakan makanan berproses dan makanan segera. Bukanlah tiada, tapi mereka tidak terdedah kepada makanan sebegitu.

Jadi tubuh mereka kurang mengandungi lemak jahat yang terhasil dari makanan berproses. Tambahan lagi dengan amalan makanan yang seimbang membuatkan tubuh orang Jepun berjaya mengekalkan bentuk badan.

Jika begini gaya hidup mereka, tidak hairanlah mereka kekal kurus dan sihat. Kamu pun boleh mula ikut.

BACA: 

Restoran Mamak seluruh Malaysia berganding bahu sokong menu Rahmah

SPRM beku akaun kerana pengubahan wang haram, pemimpin PPBM akhirnya buka mulut