Tentera Darat Malaysia buka pengambilan besar-besaran, mohon sekarang

Tentera Darat Malaysia buka pengambilan besar besaran mohon sekarang

Tentera Darat Malaysia buka pengambilan besar-besaran, mohon sekarang. Tahun 2022 l Permohonan Dibuka Sehingga 31 Julai 2022 l Mohon Segera. Tentera Darat Malaysia (TDM) telah membuka jawatan kosong kepada rakyat Malaysia. Permohonan kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong. Pelbagai jawatan-jawatan kosong telah dibuka kepada rakyat Malaysia.

Peluang kerjaya di Tentera Darat Malaysia (TDM) merupakan satu peluang keemasan yang wajib direbut oleh rakyat Malaysia. Ini adalah kerana TDM merupakan satu badan kerajaan yang bertanggungjawab di Malaysia dalam menjaga keamanan, keselamatan dan memastikan keharmonian yang penting kepada pelbagai bangsa dan kaum.

TDM yang merupakan badan kerajaan yang disegani dalam masyarakat Malaysia kerana berfungsi sebagai pusat ketenteraan yang melahirkan rakyat Malaysia yang sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara. Inilah masanya peluang kepada anda selaku rakyat Malaysia untuk bekerja dibawah sektor kerajaan di Malaysia. Jangan lepaskan peluang anda!.

Terkini : Pengambilan Jawatan Tentera Darat Malaysia(TDM) Besar-Besaran Tahun 2022 l Permohonan Dibuka Sehingga 31 Julai 2022 l Mohon Segera!

Apakah Jawatan Yang Ditawarkan?

Tentera Darat Malaysia buka pengambilan besar besaran mohon sekarang

Jawatan yang ditawarkan di Tentera Darat Malaysia (TDM) terdapat kekosongan jawatan. Terdapat Jawatan kosong yang boleh anda membuat permohonan yang berkelayakan dari PMR, SPM, SPMV ,Diploma dan Ijazah.

Maklumat Jawatan :
Jawatan :
Perajurit Muda Siri 196/2022
Sektor: Kerajaan
Taraf : Kontrak / Tetap

Jawatan yang ditawarkan adalah mengikut kapasiti dan keperluan Tentera Darat Malaysia (TDM) . Segala kekosongan adalah berdasarkan statistik dan data kerajaan.

Bila Permohonan Jawatan Dibuka Dan Ditutup?

Permohonan boleh dibuat sekarang, Permohonan dibuka bermula Julai dan permohonan akan ditutup pada 30 Julai 2022.

Permohonan boleh dibuat secara secara online, permohonan boleh dibuat dengan merujuk alamat seperti yang diiklankan di iklan jawatan kosong di Tentera Darat Malaysia (TDM). (Rujuk iklan jawatan dibawah).

Apakah Syarat Kelayakan Pemohon?

Kelayakan yang diperlukan untuk memohon jawatan kosong di Tentera Darat Malaysia (TDM) oleh calon boleh dirujuk dibawah:

SYARAT ASAS PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 31 Julai 2022 (Pengambilan Siri 196 2022).
  • Penglihatan –
  • Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
  • Tidak rabun warna.
  • Pendengaran – Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
  • Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  • Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

SYARAT FIZIKAL

Tinggi:

  • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
  • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m

Berat:

  • Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
  • Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg

Indeks Jisim Badan (BMI) :
Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18.0 hingga 26.0

  • SYARAT AKADEMIK
  • Memiliki Sijil SPM/SPVM dan setaraf.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN seperti berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sains
  • Matematik
  • Sejarah

Untuk mengetahui syarat-syarat permohonan dan urusan permohonan jawatan, anda boleh ikuti dibawah.

Permohonan Jawatan Perajurit Muda Siri 196 Di Tentera Darat Malaysia (TDM) Tahun 2022

Calon yang berminat untuk memohon jawatan kosong di Tentera Darat Malaysia (TDM) tahun 2022 boleh membuat permohonan dengan segera sebelum tarikh 30 Julai 2022.

Bagi calon yang berminat, anda boleh membuat permohonan melalui syarat dan penetapan yang ditetapkan oleh pihak Tentera Darat Malaysia (TDM). Anda boleh merujuk makluman dari pihak TDM dibawah berkenaan cara permohonan:

Makluman tambahan kepada calon, sebelum membuat permohonan pastikan:

a) Resume lengkap beserta gambar terkini berwarna bersaiz pasport; dan
b) Salinan sijil yang berkaitan

Permohonan jawatan kosong Perajurit Muda Siri 196/2022 di Tentera Darat Malaysia (TDM) tahun 2022 boleh dimohon dan dihantar mengikut penetapan pihak TDM sahaja sebelum tarikh tutup permohonan 30 Julai 2022. Anda diminta untuk membuat permohonan segera bagi mengelakkan keterlambatan permohonan.

Permohonan Perajurit Muda Di Tentera Darat Malaysia (TDM) Tahun 2022
Untuk membuat permohonan jawatan Perajurit Muda Siri 196 Tahun 2022 , anda boleh membuat permohonan secara atas talian dengan merujuk maklumat dibawah:

CARA MEMOHON

1. Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan pautan di:

Pendaftaran Baru/Daftar Masuk- https://mims.mod.gov.my/sppmtd/
Jom Masuk Tentera – https://jmt.mod.gov.my/

PENDAFTARAN ATAS TALIAN AKAN DIBUKA APABILA TARIKH PERMOHONAN DIBUKA SAHAJA.

2. Calon harus memahami syarat kelayakan yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat-syarat kelayakan dipatuhi.

3. Hanya satu (1) permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap calon.

4. Sila pastikan maklumat anda di isi dengan lengkap dan sempurna sebelum dihantar.

5. Calon yang layak ke Pemilihan Akhir akan dimaklumkan melalui akaun Pendaftaran Baru/ Daftar Masuk yang telah didaftarkan.

BACA:

Cara mohon bantuan barang dapur RM300 untuk rakyat Malaysia

Rekod baru dunia, cincin mewah ini bertatahkan 24,679 butir berlian

‘Tak makeup pun sebijik Lisa Surihani’ – muka wanita ini jadi bualan netizen

CATEGORIES