Tengku Zafrul tegaskan tiada apa yang tak kena dengan dana RM600 billion

Tengku Zafrul tegaskan tiada apa yang tak kena dengan dana RM600 billion

Tengku Zafrul tegaskan tiada apa yang tak kena dengan dana RM600 billion. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyifatkan dana melibatkan beberapa pakej rangsangan ekonomi sejak 2020 dilaksana secara telus.

Justeru, bekas Menteri Kewangan itu menegaskan, tidak ada apa-apa perkara yang tidak kena susulan dakwaan penyelewengan dana tersebut.
“Tidak ada apa-apa yang tidak kena (melibatkan pengurusan dana). Tapi saya sedia untuk bekerjasama sekiranya dipanggil oleh agensi berkaitan. Kami sangat telus.

“Seperti saya katakan, kita ada laporan mingguan (Laporan Laksana). Ia tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Tengku Zafrul tegaskan tiada apa yang tak kena dengan dana RM600 billion

“Laporan itu diserahkan kepada media, malah orang awam juga boleh mendapatkannya,” ujar beliau dalam temu bual eksklusif bersama CNBC pada Khamis.

Beliau pada masa sama turut mengesahkan belum lagi dipanggil oleh mana-mana agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait siasatan dakwaan penyelewengan dana tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet pada 5 Disember lalu berkata, pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan terdapat pelanggaran serius prosedur berhubung dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran kerajaan diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin sebelum ini menegaskan tidak takut disiasat dan melafazkan sumpah bahawa beliau tidak pernah mengambil satu sen pun wang tersebut kerana bukan hak miliknya.

Katanya, jumlah sebenar yang dibelanjakan bukanlah RM600 bilion, sebaliknya RM530 bilion merangkumi lapan pakej rangsangan ekonomi dan sebahagian besarnya berbentuk non-fiscal iaitu tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan.

BACA JUGA :

Masya Masyitah pakai baju ala karakter anime, netizen perasan sesuatu dekat seluar

Chef Wan takut kehilangan ibu, “pernafasan dah perlahan”

Lelaki edar dadah di kandang lembu akhirnya ke tali gantung

CATEGORIES