Tengku Zafrul tegaskan OPR naik beri manfaat kepada M40, tak bebankan peminjam

Tengku Zafrul tegaskan OPR naik beri manfaat kepada M40 tak bebankan peminjam

Tengku Zafrul tegaskan OPR naik beri manfaat kepada M40, tak bebankan peminjam. Kenaikan pinjaman Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.00 peratus tidak akan membebankan peminjam walaupun berlaku peningkatan terhadap kadar pinjaman yang perlu dibayar.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, peningkatan OPR turut dijangka memanfaatkan deposit yang diwakili sebahagian besar golongan M40 menerusi peningkatan faedah dan keuntungan diterima pendeposit.

Jelas beliau lagi, kenaikan 25 mata asas OPR kepada 2.00 peratus berbanding 1.75 peratus sebelum ini adalah masih rendah jika dibandingkan sebelum pandemik COVID-19, iaitu 3.00 peratus pada 2019.

“Oleh itu kadar 2.00 peratus bermakna dasar monetari kekal akomodatif untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang baru sahaja berputik.

“Ya, ia akan meningkatkan jumlah ansuran rumah tetapi tidak pada kadar yang membebankan,” katanya

Tengku Zafrul tegaskan OPR naik beri manfaat kepada M40, tak bebankan peminjam

dalam temu ramah Ekonomi Malaysia Suku Pertama 2022, bersama pemberita di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberi jaminan bahawa ia akan dilakukan secara beransur jika OPR perlu dinaikkan lagi.

Ujarnya, ia bagi memastikan trend pertumbuhan ekonomi yang baru bermula, tidak terbantut.

“Bagi peminjam yang penting adalah proses pekerjaan yang terus pulih, di mana menerusi inisiatif Jamin Kerja, kerajaan komited untuk menyediakan lebih banyak pekerjaan kepada rakyat,” tambahnya.

Sejak 2011 hingga 2019, OPR berkadar antara 2.75 peratus kepada 3.25 peratus.

Namun bermula 2020, BNM menurunkan kadar itu kepada 1.75 peratus di tengah wabak COVID-19 yang menjejaskan ekonomi global.

BACA:

Muka atlet gimnastik Malaysia sebiji muka Syed Saddiq, ramai gadis dah cair..

Sufian Suhaimi pula tunjuk kekasih selepas MK, makin kecewa gadis-gadis

Lelaki raba gadis dalam lif rupanya seorang pesakit mental, tapi..

CATEGORIES