Tengah sedap nak berbuka sekali kurma pula ada ulat, ini cara simpan kurma yang betul yang ramai tak tahu. KURMA akan menjadi juadah wajib setiap kali ketibaan Ramadan.
Juga disebut tamar, ia merupakan makanan sunnah Rasulullah kaya dengan khasiat dan dapat membekalkan diri dengan tenaga yang diperlukan untuk mengharungi Ramadan.
Namun begitu, tular di laman Twitter baru-baru ini kurma yang dikatakan telah rosak sehingga didakwa mempunyai telur lalat di dalamnya.
Kurma rosak yang tular di laman media sosial.
Sehubungan itu, jom kita lihat beberapa tip berguna ketika memilih kurma agar anda tidak tersalah membeli yang sudah rosak.
Terdapat beberapa petua cara penyimpanan kurma agar kesegarannya dapat dikekalkan. Boleh dicuba di rumah!
Ada beberapa cara untuk memeriksa kesegaran tamar. (Gambar hiasan, Freepik)
1) Lihat pada tekstur buah
Buah kurma yang masih segar mempunyai tekstur yang kenyal meskipun kulitnya nampak berkerut.
Selain itu, isi kurma yang berkualiti akan kelihatan padat dengan permukaan kulit yang sedikit berkilat.
Salah satu tip untuk melihat jika kurma itu sudah tidak lagi segar adalah dengan melihat jika kurma tersebut mempunyai kristal gula yang terbentuk pada permukaan kulitnya.
2) Cuba hidu aroma kurma
Jika kurma yang anda ingin beli mengeluarkan bau yang masam, jangan teruskan.
Ini menandakan bahawa kurma tersebut sudah disimpan agak lama dan kurang bermutu.
Berikan perhatian kepada tekstur dan aroma kurma itu. (Gambar hiasan, Freepik)
3) Simpan di dalam peti sejuk
Satu cara untuk menyimpan kurma agar tahan lebih lama adalah dengan menyejukkannya di dalam peti sejuk, jangan letakkannya pada suhu bilik
Tidak perlu gusar, buah tersebut tidak akan berubah rasa mahupun teksturnya jika disimpan dengan cara sebegini.
Anda hanya perlu menunggu sebentar selepas mengeluarkannya dari peti sejuk sebelum makan.
Anda boleh merendamkan kurma yang disimpan di dalam peti sejuk itu ke dalam air suam agar ia kembali lembut.
Ramai yang tidak tahu, kurma seeloknya diletakkan di dalam peti sejuk.
4) Simpan dalam bekas kedap udara
Jika anda mempunyai kurma kering, cara yang paling mudah untuk menyimpannya adalah dengan meletakkannya di dalam bekas kedap udara.
Kurma kering boleh bertahan hingga tiga bulan jika disimpan dengan cara ini.
Namun jika anda ingin rasa lebih selamat, simpan kurma tersebut di dalam peti sejuk.
BACA:
Tahukah anda? Hajarul Aswad pernah hilang selama 22 tahun, ini kisah bagaimana batu itu dicuri