Temui wang tunai RM 4 juta, SPRM tangkap Ketua Polis Negeri Sembilan, sekali ini respon Ketua Polis Negara

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Razarudin juga menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita yang tidak benar yang boleh menjejaskan imej PDRM.

“Tiada tangkapan melibatkan ketua polis negeri oleh SPRM, berita itu tidak benar,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, turut menafikan mengenai tangkapan

Ada yang melibatkan ketua polis negeri tersebut dan menyifatkan berita itu sebagai palsu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, juga menafikan perkara itu.

Temui wang tunai RM 4 juta, SPRM tangkap Ketua Polis Negeri Sembilan, sekali ini respon Ketua Polis Negara

“Cerita itu tidak betul… banyak lagi berita palsu dalam media sosial, bukan hanya yang ini sahaja,” katanya.

Sebelum ini, tular di aplikasi Telegram mengenai tangkapan seorang ketua polis negeri oleh SPRM yang turut dilaporkan menemukan wang tunai berjumlah RM4 juta.

BACA: ‘Abang chik terus angkat aku sambil bisik, kan dah cakap jangan menyesal, sekarang airmata darah pun kakak takkan kembali’