Teleskop paling berkuasa di dunia dilancarkan ke orbit luar jarak 1.5 juta km dari Bumi

Teleskop angkasa lepas paling berkuasa di dunia dilancarkan menuju ke orbit luar pada jarak 1.5 juta kilometer dari Bumi semalam selepas pelancarannya tertangguh beberapa hari berikutan masalah teknikal.

Teleskop Angkasa James Webb meninggalkan Bumi bersama roket Ariane 5 dari Pusat Angkasa Kourou di Guiana Perancis. Teleskop itu mengambil masa 30 tahun dan menelan kos beberapa bilion dolar untuk dibina.

“Hari yang sungguh menakjubkan,” kata ketua misi saintifik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Thomas Zurbuchen semalam.

Teleskop paling berkuasa di dunia dilancarkan ke orbit luar jarak 1.5 juta km dari Bumi

ROKET Ariane 5 yang membawa Teleskop Angkasa James Webb dilancarkan dari Pusat Angkasa Kourou di Guiana Perancis semalam.

NASA membina teleskop itu bersama-sama Agensi Angkasa Lepas Eropah(ESA) dan Agensi Angkasa Lepas Kanada(ACS).

@emasfaiz kerjasama NASA dengan European Space Agency (ESA) & Canadian Space Agency (CSA) – credit : VideoFromSpace #emas #malaysia #pembeliemas ♬ original sound – putriariani

Ketua ESA, Josef Aschbacher berkata, beliau amat gembira kerana pelancaran tersebut lancar dan roket Ariane 5 melakukan tugasnya dengan ‘amat baik’.

Teleskop Angkasa James Webb mengambil masa sebulan untuk sampai ke destinasi orbitnya.

Ia dijangka menghantar petunjuk baharu yang akan membantu saintis lebih memahami asal-usul alam semesta dan planet-planet menyerupai Bumi di luar sistem suria kita.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengucapkan tahniah kepada NASA dan pasukan Webb berhubung kejayaan pelancaran tersebut.

Teleskop itu mempunyai diameter 6.5 meter atau tiga kali ganda saiz teleskop Hubble.

Ia mengorbit lebih jauh daripada Hubble yang berada pada jarak 600 kilometer di atas Bumi sejak 1990.

Teleskop Angkasa James Webb dijangka memasuki perkhidmatan pada Jun 2022.

BACA JUGA : Kumpulan terdedah risiko akan di beri dos vaksin keempat
Kes Covid-19 naik ke 150 sehari, penduduk Xian diperintah kekal di rumah

CATEGORIES