Baru-baru ini tular satu perkongsian mengenai kaedah rawatan alternatif baharu iaitu teknologi telaga ‘ION
’ buatan manusia yang didakwa boleh menyembuhkan pelbagai penyakit biasa dan kronik.
Telaga yang terletak di sebuah tapak perkhemahan di Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan itu
dikatakan merupakan rawatan terapi ion buatan manusia ‘berteknologi tinggi’ pertama dibina di Malaysia.
Kaedah dakwaan melampau ataupun ‘overclaim’ turut digunakan sebagai taktik pemasaran
seperti memberikan kesan kebaikan untuk penghidap penyakit kronik seperti strok, urat saraf, radang saraf dan sebagainya.
Taktik itu semestinya berjaya mempengaruhi orang ramai terutamanya golongan emas yang mana mereka dilihat rela beratur panjang menunggu giliran untuk mencuba terapi mandian tersebut.
Menerusi satu hantaran di platform TikTok, pusat rawatan tersebut bukan sahaja mengambil bayaran untuk tiket masuk ke telaga ION itu malah turut mengenakan caj untuk mereka yang mahu membawa balik air dari perigi.
@rizzstudio2024 Telaga ION buatan teknologi manusia di Dusun Pinang Campsite Ulu Sepri Rembau Negeri Sembilan di mana di sini tempat mandi perigi ion yang boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. #dusunpinangcampsite #telagaion #perigiion #dusunpinang #ulusepri ♬ original sound – Rizz Studio
“Air yang dijual di sini ada dua jenis untuk satu set iaitu air Reformax dan Kinetik yang mana kedua-duanya berharga RM50. Satu tong berisi air sebanyak lima liter. Bermakna 10 liter untuk satu set air Reformax dan Kinetik yang kita boleh beli dan bawa balik ke rumah.
“Proses dia kena ambil borang dahulu untuk pendaftaran. Kemudian kita beraturlah untuk mendaftar dan membuat pembayaran sebanyak RM50. Lalu kita menunggu giliran untuk mandi di dua telaga,” kata perakam video yang dimuat naik di TikTok itu.
Penularan perkongsian tersebut menyebabkan segelintir masyarakat yang peka bertindak menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyiasat dakwaan terapi perigi terbabit.
Susulan itu, pihak KKM menerusi hantaran di platform X tampil memberikan respon berhubung penggunaan air telaga yang dikatakan diperbuat daripada teknologi ION buatan manusia tersebut.
KKM dalam hantaran itu menegaskan bahawa pihaknya mengambil berat berhubung isu telaga berkenaan selain mengucapkan terima kasih atas keprihatinan masyarakat dalam membuat aduan awam.
“Terima kasih atas keprihatinan anda. KKM mengambil perhatian serius mengenai isu ini.” Tegasnya dalam satu hantaran di platform yang dahulunya dikenali sebagai Twitter itu.
BACA: Benjamin Netanyahu terpaksa hentikan ucapan selepas dimalukan rakyat sendiri