Teknik sindiket penyeludupan rokok dari Malaysia terbongkar, sekali cara imigresen Singapura cek kereta undang reaksi netizen
Sempadan Malaysia merupakan tempat di mana penyeludup-penyeludup akan mempertaruhkan nasib Mereka
Kerana membawa pelbagai barangan terlarang ke negara jiran yang terletak di utara dan selatan.
Baru-baru ini akaun TikTok penguatkuasa Immigration & Checkpoints Authority Singapore (ICA) memuat naik rakaman video anggotanya mengopak sebuah MPV berdaftar dari Malaysia yang menyeludup rokok tanpa duti.
Dalam video berdurasi 1 minit, penguatkuasa ICA dengan penuh teliti mengopak seluruh luaran dan dalaman badan MPV terbabit.
Hasil carian menemukan sejumlah kotak rokok disorokkan pada bahagian dashboard, pintu kereta, bampar hadapan serta belakang.
Antara hasil rampasan ICA pada 12 Jun lalu — 222 karton, 2,170 paket dan 35 stick bahan tembakau tidak bayar duti.
@ica_singapore I knew you were trouble… 🎶 #ica #fyp #cigarette #contraband #truecrime #swifttok #cartok #SecureBordersSafeSG #GuardiansOfOurborders ♬ original sound – ICA_Singapore
Dalam pada itu warga Singapura meminta penguatkuasa ICA memasang pengesan x-ray di setiap pintu masuk melalui jalan darat negara bagi mengelakkan barangan terlarang tidak sewenang-sewenangnya menembusi negara tersebut.
“Sebagai penjaga sempadan kita, ICA komited untuk memudahkan perdagangan dan perjalanan selamat sambil memastikan sempadan Singapura selamat dan terjamin,” petik kenyataan Facebook ICA.
BACA: