Tayar lori tercabut hentak bumbung Perodua Aruz sampai berlubang

Tayar lori tercabut hentak bumbung Perodua Aruz sampai berlubang

Tayar lori tercabut hentak bumbung Perodua Aruz sampai berlubang. Seorang lelaki cedera di bahagian muka dan kepala selepas tayar yang tercabut dari sebuah lori terkena bahagian cermin hadapan kenderaan dipandunya di Kilometer (KM) 27.2 Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pemandu lori yang dalam perjalanan ke Ipoh, Perak memberhentikan kenderaan selepas terdengar bunyi kerosakan sejurus tiba di lokasi kejadian sekitar jam 1.37 petang.

“Ekoran daripada bunyi tersebut pemandu lori, lelaki tempatan berusia 30 tahun memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan.

“Selepas berhenti, pemandu lori terbabit melihat tayar bahagian kiri telah tercabut dan terkena kereta mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Wan Kamarul Azran berkata, kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz dipandu mangsa berusia 39 tahun terbabit mengalami kerosakan teruk pada bahagian bumbung hadapan.

Tayar lori tercabut hentak bumbung Perodua Aruz sampai berlubang

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan dan telah dibenarkan pulang ke rumahnya di Kundang, Rawang pagi Rabu,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian keadaan jalan serta cuaca baik dan pihaknya sedang menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran.

“Polis telah merakam percakapan pemandu lori dan akan mengambil keterangan mangsa dalam masa terdekat untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujar beliau.

BACA:

Kucing ni dah macam manusia suka mandi hari-hari, “satu dalam sejuta macam ni”

Akim Ahmad kongsi pengalaman jaga Isa buat ramai teruja

Ibu bapa wajib ambil tahu 7 ilmu tidurkan anak ini, pasti berkesan

CATEGORIES