Tawar menawar malam tadi sudah berjaya, bajet akan lulus, dakwa blogger Umno

Tawar menawar malam tadi sudah berjaya, bajet akan lulus, dakwa blogger Umno

Tidak perlu merasa sangsi mahupun bimbang keputusan undian belanjawan 2021 yang bakal berlangsung.

Menurut penulis Umno Zaharin Mohd Yasin dengan tulisan sindiran di facebook beliau, bajet 2021 bakal lulus dengan sokongan banduan dan bakal banduan. Menerusi status yang dimuatnaik oleh beliau;-

“Tak perlu tangguh undi Bajet. Tetap lulus, sebab esuk satu orang banduan, dan lima bakal banduan akan datang mengundi kerana nak ambil kunci penjara dari Muhyiddin Yasin.

Malah beliau menyindir banduan dan bakal banduan memerlukan kunci penjara dari Muhyiddin Yassin untuk membukanya.

Zaharin turut memuat naik di status facebooknya dengan menulis;-
“Kata semua MP UMNO sokong bajet. Tawar menawar malam tadi sudah berjaya.
Bajet 2021 Lulus.”

Sebab itu rakyat boleh tahu, dimanakah perjuangan pimpinan Umno dan Barisan Nasional sebenarnya. Dulu kini selamanya agenda Umno dan Barisan Nasional mengutamakan jawatan dan kuasa. Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu sendiri dilahirkan oleh Umno dan mereka sendiri fungsi JASA itu sendiri. Jadi jangan pelik bajet untuk JASA itu hanya hipokrit.

COMMENTS