Tawar khidmat beratur depan kedai, lelaki ini raih pendapatan RM119 sejam

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Seorang lelaki peroleh wang dengan mudah dengan bertindak sebagai wakil pembeli di pusat beli-belah ternama.

Freddie menawarkan perkhidmatan unik itu dengan bayaran sebanyak 20 paun sterling atau kira-kira RM119 bagi setiap jam,

Ai membolehkannya menjana sehingga 160 paun sterling atau kira-kira RM903 sehari.

Baginya, pekerjaan itu menjadi rutin kerana ramai penduduk London terpaksa beratur panjang untuk membeli barangan atau mendapatkan tiket untuk acara tertentu.

“Waktu yang saya habiskan untuk beratur hanya tiga jam, tetapi pelanggan sering meminta saya menunggu sehingga mereka tiba,

Tawar khidmat beratur depan kedai, lelaki ini raih pendapatan RM119 sejam

menjadikan ia satu sumber pendapatan tambahan,” katanya.

Lelaki berusia 31 tahun itu turut berkongsi bahawa dia pernah bekerja selama lapan jam untuk beratur bagi pelanggan yang ingin mendapatkan koleksi terkini daripada Christian Dior.

Menurut laporan The Sun, kebanyakan pelanggan Freddie adalah pesara berusia pertengahan 60-an yang sudah uzur dan tidak mampu beratur untuk tempoh yang lama, tetapi mampu membayar untuk perkhidmatannya.

BACA: “Pemalas, culas beri nafkah, kalau ada duit pun habis tah kemana, satu hari ibu tangkap ayah ada hubungan sulit dengan perempuan lain”