Taukey stesen minyak mengeluh jualan merudum, sekali lain pula komen netizen

Oleh AHMAD SULAIMAN

Pengguna media sosial memberikan pelbagai pandangan selepas laporan media tempatan mengupas keluhan pengusaha

stesen minyak yang didakwa mengalami kerugian ratusan juta ringgit susulan penyasaran subsidi diesel oleh kerajaan.

Isu ini mencuri perhatian ramai, dengan sesetengah pihak menganggap langkah yang diperkenalkan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, mula menunjukkan hasil.

Komen dan Perbincangan di Media Sosial

Pelbagai komen dan perbincangan muncul di platform seperti Facebook dan X, di mana ramai melontarkan pandangan tentang punca kerugian tersebut.

Taukey stesen minyak mengeluh jualan merudum, sekali lain pula komen netizen

Ada yang menduga bahawa kerugian itu disebabkan oleh kawalan ketat yang kini menghalang diesel daripada diseludup dengan mudah.

Melalui langkah penyasaran subsidi, kerajaan hanya memberikan subsidi kepada syarikat-syarikat tertentu serta menyalurkan bantuan tunai kepada individu yang layak.

Tiada lagi bayaran subsidi dibuat kepada stesen minyak, sebaliknya bayaran terus diberikan kepada syarikat pengguna diesel.

Pandangan Netizen

Menurut laporan Harapandaily komen-komen pengguna media sosial pada artikel yang membincangkan isu ini. Berikut adalah antara komen yang menarik perhatian:

“Pasal apa rugi? Adakah sebab diesel sekarang dikawal ketat?” – Barapawaka, Facebook.

“Kurang seludup ke luar negara, pembelian turun mendadak. Tanpa subahat stesen minyak, mana mungkin minyak diseludup dengan mudah.” – Duin.

“Pelik dan kelakar. Diesel harga naik, tetapi pengusaha pula rugi. Nampak sangat sebelum ini yang memborong adalah para penyeludup. Terima kasih PMX kerana menyelamatkan negara.” – JFaris.

“Jualan merosot kerana pencuri tak banyak boleh seludup.” – Nainas.

“Formula sedang berjalan.” – Kero, pengguna X.

Reaksi Berbeza

Bagaimanapun, terdapat juga komen yang menyalahkan kerajaan kerana menyebabkan para peniaga terjejas.

Namun, pandangan tersebut dibidas oleh pihak lain yang bertanya, “Adakah kerajaan zalim sebab tak benarkan penyeludup beli minyak?”

Faktor Harga Mingguan

Selain isu penyeludupan, seorang individu menjelaskan bahawa kerugian yang dialami pengusaha stesen minyak turut disebabkan perubahan harga mingguan diesel.

“Pengusaha rugi sebab harga diesel turun minggu ini. Mereka membeli stok minggu lepas dengan harga tinggi, tetapi kini terpaksa menjualnya pada harga lebih rendah mengikut peraturan harga mingguan,” jelas individu tersebut.

BACA: Ini 5 kerja biasa tapi gaji 6 angka setahun, no.1 tu kerja tidur je