Di platform X, seorang mangsa buli berkongsi kisahnya sebagai mangsa penderaan fizikal dan mental semasa zaman persekolahan.
Lebih menyedihkan, pengadu mendakwa bahawa pembuli tidak dikenakan sebarang tindakan,
Malah dia sendiri yang disisihkan oleh penghuni lain di asrama.
“Tingkatan satu, saya dibuli secara fizikal sehingga berdarah bibir.
Saya buat laporan kepada sekolah, tetapi budak yang menampar saya tidak dibuang sekolah.
“Alasannya adalah kerana ingin menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Yang dibuli dan membuat laporan pula dipulaukan satu asrama, tiada kawan,” imbasnya.
Menurut pengadu, tekanan yang berterusan memaksa dirinya untuk keluar dari asrama.
“Selagi dia tidak datang minta maaf, saya tidak akan memaafkannya. Malah, pelaku juga tidak pernah meminta maaf kepadanya hingga hari ini.
“Mereka tunjuk jari tengah kepada saya. Saya mengalami seksa mental hingga terpaksa keluar dari asrama, sementara pembuli bersekolah seperti biasa.
“Cikgu dan warden anti pelajar yang membuat laporan bila dibuli. Sebelum saya, sudah ada mangsa yang dipulaukan kerana melaporkan kes buli.
“Itulah budaya yang masih ada hingga sekarang. Yang menampar saya itu, selagi dia tidak datang minta maaf, saya tidak akan memaafkannya.
“Taufiq namanya, saya ingat sampai sekarang,” luah pengadu lagi.
BACA: ‘Kami pilih untuk percaya, apa yang kalut’ Ahli Parlimen Pas jawab Hadi mimpi nabi