Tarikh pelancaran Proton X90 makin dekat, salesman mula ambil tempahan

Oleh INFORAKYAT

Tarikh pelancaran Proton X90 makin dekat, salesman mula ambil tempahan.

Sejak pendedahan wajah sebenar model SUV ketiga Proton, iaitu X90 (VX11) menerusi satu klip video di akaun Facebook Proton Cars beberapa hari lalu, kini beberapa penasihat jualan mula mengambil tempahan model berkenaan.

Menurut tinjauan kami di Facebook, ada beberapa penasihat jualan sudah mula berbuat demikian dan mengatakan pelancaran model ini akan berlangsung dalam tempoh beberapa minggu sahaja lagi.

Tarikh pelancaran Proton X90 makin dekat, salesman mula ambil tempahan

Setakat ini, masih belum ada pengumuman rasmi dari pihak Proton berkenaan tempahan X90 (VX11) dan kami ingin menasihati anda supaya tidak terlalu terburu-buru, serta mengambil langkah tunggu dan lihat.

Jika dilihat pada perkembangan mutakhir, X90 (VX11) hanya menghitung hari sahaja untuk dilancarkan kerana ia kini sudah memulakan fasa pengeluaran secara besar-besaran.

 

Majlis pelancaran rangkaian ‘stamping‘ D-Line baharu dan upacara ‘line-off‘ X90 (VX11) telah pun berlangsung di Tanjung Malim, baru-baru ini.

Menurut ejen perisik Mat Bond, X90 (VX11) dijangka dilancarkan secara rasmi sekitar bulan Mei atau Jun 2023, bertempat di Tanjung Malim.

Esok akan berlangsungnya satu sesi pratonton tertutup X90 (VX11) yang dihadiri oleh tetamu jemputan di Shah Alam. X90 (VX11) akan ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship.

Enam pilihan warna bakal ditawarkan iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown, Space Grey dan termasuk warna baharu, Deep Marine Blue.

Ada ura-ura mengatakan X90 (VX11) akan ditawarkan dengan dua pilihan konfigurasi tempat duduk, iaitu tujuh tempat-duduk dan juga enam tempat-duduk (Captain Seat).

 

X90 (VX11) ditawarkan dengan dua pilihan rangkaian kuasa, iaitu enjin 1.5TGDi (1.5 TD) yang menjana 174 kuasa kuda dan 255 Nm yang digandingkan dengan transmisi 7-kelajuan DwiCekam (7-DCT).

Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar turut mengesahkan ia akan mempunyai pilihan varian ‘mild’ hibrid (MHEV) yang menggandingkan enjin 1.5TGDi (1.5 TD) bersama dengan Belt Start Generator (BSG) berkuasa 48-Volt.

Kombinasi rangkaian kuasa ini mampu menghamburkan 190 kuasa kuda dan 300Nm daya kilas dan disambungkan kepada transmisi 7-kelajuan DwiCekam (7-DCT).

Menurut rakan media di Automachi, tanda harga X90 (VX11) berkemungkinan RM 3,000 lebih mahal berbanding X70, dengan jangkaan harga bermula dari RM 123,000.

Tempahannya akan dibuka secara rasmi akhir bulan ini dan ia bakal dilancarkan kira-kira sebulan kemudian. Jadi, besar kemungkinan tarikh pelancaran rasmi X90 (VX11) dijangka selepas cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Apa pun, kita nantikan perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa.

BACA: 

Kenapa tiba-tiba ada kunci air di tengah laut di Perak? Ini cerita sebenarnya ada kaitan dengan anak yatim

Tengah sedap nak berbuka sekali kurma pula ada ulat, ini cara simpan kurma yang betul yang ramai tak tahu