Tarif baru elektrik bakal diumum minggu hadapan – Menteri

Tarif baru elektrik bakal diumum minggu hadapan – Menteri

Kerajaan akan mengumumkan tarif elektrik untuk 2021 dalam minggu ini, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Begitupun, beliau tidak memberitahu tarikh tepat dan hanya memberi bayangan akan mengumumkannya sebelum Krismas.

“Tarif elektrik kita akan umumkan dalam minggu ini…minggu ini. Tunggu,” katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), di sini, pada Isnin.

Tambah beliau, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif sebelum ini dalam usaha untuk membantu mengurangkan bil elektrik rakyat.

“Setakat 31 Oktober 2020, manfaat diskaun elektrik telah dinikmati 7.66 juta pengguna domestik di Semenanjung dengan peruntukan RM1.9 bilion,” ujarnya.

Pengumuman tarif baru itu pasti ditunggu-tunggu rakyat yang pastinya berharap kadar tidak meningkat berikutan ramai terjejas akibat COVID-19.

Pada Jun lepas, kadar tarif elektrik bagi pengguna domestik dan bukan domestik kekal tanpa sebarang surcaj bagi tempoh 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2020.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Tenaga, kerajaan memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2020.

Justeru, kadar surcaj sebanyak dua sen/kilowatt-jam (kWj) diturunkan kepada 0 sen/kWj untuk pengguna bukan domestik, iaitu pengguna komersial dan industri.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-bakal-umum-tarif-baharu-elektrik-minggu-ini-274083

COMMENTS