Tangga shortcut ke ‘syurga’ di Melaka ditutup sementara undang reaksi netizen
Binaan tarikan pelancongan ‘Stairway To Heaven’ di Pantai Pengkalan Balak ditutup sementara bagi kerja-kerja menaik taraf ciri keselamatan.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, kerja-kerja naik taraf itu bermula minggu lalu dijangka siap pertengahan Ogos depan.
Menurutnya, tindakan itu bagi memastikan keselamatan orang awam khususnya ibu bapa yang membawa anak-anak berkunjung ke kawasan pelancongan itu terjamin.
“Kita telah menutup kawasan tangga sejak minggu lepas untuk kerja-kerja menaik taraf dan kini kita sedang dalam proses reka bentuk pemegang tangga sebagai ciri keselamatan terbaharu.
“Ini kerana kita bimbang tanpa ciri keselamatan itu boleh menyebabkan berlakunya perkara tidak diingini, khususnya kepada anak-anak kecil.
“Orang ramai diminta untuk bersabar seketika kerana kerja-kerja ini akan selesai pada pertengahan bulan Ogos nanti, selain menjadi produk pelancongan yang cantik ia juga perlu ada ciri keselamatan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Saifuddin berkata, sepanjang proses naik taraf, kawasan terbabit telah ditutup dengan tali keselamatan, selain notis turut dipasang sebagai pemakluman kepada pengunjung.
“Setakat ini kita sudah letak papan tanda kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan di kawasan itu. Justeru, orang awam dinasihat agar tidak masuk dan naik ke tangga ini buat sementara waktu,” katanya.
BACA: